Wednesday, November 9, 2011

Syarat dan panduan untuk penyewa Hj Mat's Homestay, Langkawi. Malysia.

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Syarat-Syarat dan Peraturan Hj Mats Homestay, Langkawi, Malaysia:

1. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina.Beragama ISLAM sahaja.

2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan.

3. Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam sinki tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat

4. Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam rumah bagi menggelakkan bau busuk dan kebakaran

5. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan.

6. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk kampung

7. Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku. Wang cengkeram anda mungkin ditolak sebagai gantirugi kerosakan yang berlaku akibat kecuaian anda.

8. Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam homestay, sila letakkan dan susun kembali di tempat asal sebelum check out.

9. Kunci homestay yang hilang akan dikenakan bayaran sebanyak RM 50.00.

10. Pihak tuan rumah tidak terlibat dengan sebarang jenis jenayah yang dilakukan oleh penyewa.

11. Dilarang memaku @ menconteng dinding di dalam atau di luar homestay.

12. SEGALA KEHILANGAN BARANG PERIBADI, KEMALANGAN DAN KESELAMATAN TETAMU ADALAH DI BAWAH PENGAWASAN DAN TANGGUNGJAWAB TETAMU SENDIRI. PEMILIK HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KELALAIAN PIHAK TETAMU.

PERATURAN-PERATURAN MENYEWA

  1. Sila semak tarikh dan hari yang akan anda menyewa adalah BETUL sebelum membayar wang Pendahuluan.
  2. Bayaran PENDAHULUAN sebanyak 30% hendaklah dibayar dalam tempoh 3 minggu sebelum tarikh tempahan.
  3. Wang tempahan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN jika tempahan dibatalkan 7 hari sebelum tarikh anda akan menginap.
  4. Baki wang sewaan hendaklah DIBAYAR SECARA TUNAI KETIKA MENDAFTAR MASUK, termasuk deposit kunci sebanyak RM50.00.
  5. Bilangan penghuni untuk sebuah rumah adalah maksima 6 dewasa 4 kanak-kanak atau kurang, jika bilangan ahli melebihi syarat, bayaran RM10.00 akan dikenakan (mengikut budi bicara tuan rumah).
  6. Penyewa wajib mengisi borang maklumat yang disediakan.
  7. Check in jam 2.30 pm dan check out 12.00 pm

“Terima kasih kerana sudi menginap di HJ Mats Homestay, Langkawi. Malaysia.”

No comments:

Post a Comment